LAZADA

Lazada Malaysia

Wednesday, 19 November 2014

Lelaki Panas Baran?

Waah..tajuk yang hangat ni. Tapi aku rasa ramai yang nak tahu, sebab kaum lelaki banyak yang dikaitkan dengan perangai yang'hot-tempered'. Berita yang orang paling tak jemu baca adalah berita tentang keganasan lelaki terhadap kaum wanita. Pukul, ugut, rogol dan bunuh semua pun ada kaitan dengan panas baran.

Bagi aku, terus terang aku ada pengalaman pahit dengan lelaki jenis ni. Biar kita 'menyingle' pun asal kita tak terseksa dengan lelaki jenis ni,okay? Meh sini mukadimah tentang panas baran di kalangan LELAKI. Panas baran dalam bahasa Inggeris dirujuk sebagai 'temper' atau selalu mat saleh cakap 'hot-tempered' dan 'bad-tempered', kira bahasa mudah bagi kita adalah senang naik angin.


Kenali lelaki panas baran

1. ROMANTIK (Pijak semut pun tak mati)

Macam mana kita nak kenal lelaki jenis ini? Dari pengalaman aku, lelaki macam ni kadang-kadang susah kita nak kesan dari peringkat awal. Kebanyakan mereka ni pula jenis yang 'mesra alam', peramah dan mudah bergaul. Kalau dengan perempuan pula, mereka jenis yang penyayang dan romantik. Jadi memang susah lah nak 'detect' dari awal panas baran mereka ni. Dan ada kajian yang aku baca (tak ingat dari mana hehe) memang lelaki panas baran ni agak bermulut manis. Bukan aku menggalakkan korang berprasangka kat setiap lelaki romantik tu panas baran, tapi jangan lupa kenal betul-betul dulu dan semak latar belakang, jangan nanti diri yang merana.

2. CEMBURU

Awas! Lelaki yang cemburu cenderung menjadi seorang yang panas baran. Orang cakap cemburu adalah 'trigger' yang buat lelaki mula menyinga. Lelaki panas baran ni biasanya suka mengawal, dan tak suka kekasih atau isteri dihubungi atau dipandang lelaki lain. Ada kes yang mana lelaki lain jeling je kat gf dia dah nak bertumbuk. Aku rasa ciri yang ni mudah je nak 'detect', korang akan perasan si dia tu check handphone korang. Dan jadual korang habis dia nak tahu. Kalau tak ada depan mata dia akan selalu call dan tanya kat mana. Kalau sekali kantoi, tengok reaksi dia macam mana. Muka merah, mata dijegil, ketap gigi atau genggam penumbuk tu mungkin simptom sebelum dia naik tangan. Dan ops, bila marah mula keluar makian atau carutan.

3. FIZIKAL YANG SASA

Faktor ni tak semestinya tapi boleh juga diambil kira. Kalau badan dia pun sasa dan sado tu, mungkin tahap keyakinan dia tinggi dan takat org ajak gaduh dia cakap no hal! Tapi tak patut lah kan kalau nak tunjuk kuat dengan perempuan, bukan lawan kot. Ni dah sifat pembuli, huh!

4. TAK IKHLAS

Yang ini paling susah nak tahu. Kalau lelaki tu bersama korang dengan niat tak ikhlas contoh, sebab nak kikis duit atau nak menggunakan korang je, kemungkinan dia akan jadi pemarah semacam dengan korang. Pendek kata, korang nampak dia macam tak suka dengan korang. Apa yang korang buat serba tak kena di mata dia, bersama korang pun macam dipaksa-paksa tapi taknak pulak tinggalkan korang. Jadi faham-fahamlah, tinggalkan dia dulu sebelum dia buat onar.

5. DENDAM

Kalau seorang lelaki tu ada menyimpan rasa tak puas hati atau dendam terhadap kekasih atau isterinya, tak mustahil lelaki tu akan jadi panas baran dengan perempuan tersebut. Mungkin si lelaki ni diamkan rasa dendam dan rasa tak puas hati sampai yang perempuan selalu kena marah tak tentu pasal, kadang-kadang sebab benda kecil. Bila perang dah meletus, baru lah semua diungkit dan dibongkar. Nasihat aku, kalau perempuan pernah buat onar dengan lelaki, pastikan lelaki tu dah maafkan seratus peratus atau tinggalkan saja kalau rasa dia akan berdendam. Kadang-kadang dendam dengan perempuan lain pun korang yang kena, baik tinggalkan je lelaki spesis ni.

6. BERMASALAH

Kadang-kadang lelaki tu ok je, tapi bila ada masalah akan melenting. Bagi aku, mungkin lelaki jenis ni perlukan ruang. Tak perlu digesa-gesa sebab lelaki bukan macam perempuan yang suka meluahkan perasaan. Mereka lebih suka berfikir sendiri dan bila dah ok diorang akan jadi seperti normal. Tapi berpada-pada jugak lah jangan sebab masalah peribadi orang lain yang kena penampar dan penerajang. Pastikan anda bukan 'punching bag'.

7. EGO

Kriteria paling utama dalam lelaki panas baran. Mereka tak boleh ditegur dan tak nak dipandang salah/jahat oleh orang lain. Contoh bila kantoi sesuatu kesalahan, dia pulak yang marah melebih sampai naik tangan. Kalau dah macam-macam onar dibuatnya, bila ditegur kena marah atau pelempang. Tak guna kita bersama lelaki macam ni, alamat menderita lah hidup.

Setakat ini info yang aku boleh kongsikan, kebanyakan dari pengalaman aku sendiri. Diharap kita lebih menghargai diri sendiri berbanding orang lain. Semua orang pun layak hidup bahagia, kenapa kita perlu menderita sedangkan kita boleh pilih jalan hidup yang kita mahu? Berbaliklah padaNya, yang Maha Adil, Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Cheers!!


Food_468*60



5 comments:

  1. semua yang anda cakap mmg betul.

    ReplyDelete
  2. Jangan nak kata kat laki sgtlah perempuan oii.. Dah kalau tidor dengan laki lain , lelaki baik pun boleh jadi panas baran. cermin diri sebelum nak main hambur jaa.. kalau diri tu bagus takdenye org nak marah.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete