Monday, 3 November 2014
Selepas cabut gigi...
Hari ni hari ketiga lepas aku cabut gigi geraham atas, dan tak ada masalah. Ceritanya aku jumpa dentist hari tu kat kampung aku di Muar. Hari ahad di Johor adalah hari bekerja so aku ikut je ajakan Ibu untuk pergi ke Klinik Pergigian Maharani Muar (tak silap aku itu namanya hehe). Aku ada mengadu kat Ibu yang gigi geraham aku ni dulu tampalannya dah tercabut jadi kereputan gigi tu semakin berleluasa. Ibu yang prihatin pun bawa la aku ke klinik gigi kerajaan, mungkin dia fikir nak harap aku pergi sendiri memang takkan menyempat punya (memang betul pun).
Aku pun innocent sangat fikir masih boleh tampal, padahal gigi aku yang reput tu tinggal sikit je. Sampai turn jumpa doktor, aku pun dup-dap je. Walaupun umur aku dah boleh jadi mak orang tapi sebab aku dah lama tak jumpa dentist so memang nervous jugak lah. Doktor cakap 'Ini sudah tak boleh tampal. Tinggal sikit saja, kena cabut'. Aku lagi nervous, tak prepare langsung. Jam dah pukul 3.15, tiket bas aku balik KL pukul 4.30. Aku pun tanya doktor sempat ke kalau nak cabut sebab aku kena kejar masa. Doktor cakap sekejap je, tengok gak gigi tu senang keluar ke tak. Dalam otak aku dah imagine macam mana lah dia nak keluarkan gigi aku tu agaknya. Doktor bius gusi aku kiri kanan lepas tu suruh aku tunggu sekejap kat luar. Dalam 5 minit aku dipanggil masuk balik, doktor tanya ada kebas tak. Aku jawab ada, dia pun suruh aku baring dan buka mulut luas-luas. Entah apa doktor tu buat, aku rasa digegar-gegar rahang aku dan akhirnya gigi aku dicabut tak sampai pun 5 minit. Dia sumbat kapas dan nurse bagi aku bekalan kapas dan minta aku pergi buat bayaran RM1 kat kaunter.
Mula-mula tak rasa apa lagi, masa Ibu nak hantar aku pergi bus stand aku dah mula rasa berdenyut-denyut. Ibu risau tengok keadaan aku, sebelum aku naik bas dia belikan ubat penahan sakit Weng Heng. Mujarab jugak lah hilangkan sakit tu. Macam ni lah rupanya.
Dalam bas, aku sediakan beg plastik kecik untuk buang kapas yang dah basah. So kita kena gigit setiap kapas tu dalam masa lebih kurang 20 minit, lepas tu tukar kapas baru. Bukan kapas sebenarnya tapi cotton gauze. Macam jaring sikit yang orang biasa buat balut luka tu. Sepanjang dalam bas aku agak kurang selesa sebab air liur ada banyak dan bila aku meludah banyak pulak darah. Terpaksa jugak aku meludah dalam plastik, yucks.
Ibu ada pesan kat aku, hari kedua tu dah boleh berkumur dengan air garam untuk hilangkan kuman dan elakkan infection. Tapi aku tak buat pun hihi. Aku cuma gosok gigi macam biasa cuma elakkan gosok kat tempat baru cabut gigi tu. Takut kalau-kalau berdarah lagi. Setakat ni ayam goreng pun aku dah balun. Cuma hari pertama tu aku makan bubur, tu pun sejukkan dulu. Tak boleh makan panas. Air pulak aku bantai sirap ais, cepat jugak kurangkan pendarahan kalau minum air berais.
Setakat ni aku puas hati dengan servis kat klinik gigi kerajaan tu. Kalau balik kampung lagi nanti aku nak pergi buat scaling pulak. Kira macam bersihkan gigi, maklumlah gigi dah berkarat dan banyak pulak karies (karang gigi). Tak sanggup nak cabut lagi buat masa ni hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment