LAZADA

Lazada Malaysia

Friday, 24 October 2014

ISLAM Apakah MELAYU Kita?

Aku pasti kebanyakan kita pernah belajar Sejarah masa sekolah dulu, kalau yang seangkatan dengan aku mesti 'familiar' dengan Tamadun Islam kan? Sama juga macam Tamadun Asia dan bermacam tamadun yang aku pun dah tak ingat. Almaklumlah umur pun dah lanjut, buku-buku sekolah pun dah tak pegang dan entah ke mana semua buku-buku tersebut. Dulu masa sekolah rasa macam terpaksa je nak mentelaah subjek-subjek tersebut, kalau buka buku pun masa nak exam je. Itulah kalau dah mindset 'Exam-Oriented'. Budak-budak sekarang aku tak pasti. Tapi umur dah mencecah 30 tahun ni baru aku berminat nak kaji balik asal-usul kita, yelah masa ni lah baru nak kenal diri sendiri, bangsa sendiri. Dulu tak ada kesedaran macam ni.


Entah kenapa aku tiba-tiba berminat dengan SEJARAH yang dulunya satu subjek yang memboringkan bagi aku. Baru sekarang nak google mencari fakta. Tapi baguslah untuk menambah pengetahuan dan mengisi masa lapang bagi seorang yang bujang macam aku. Hehe.
Jadinya aku terfikir, dari 'curiousity' tersebut fikiran aku menerawang dari generasi ke generasi masyarakat. Contoh dari tahun milennium ni melayang ke 90-an, kemudian ke 80-an, 70-an, 60-an dan seterusnya. Ibarat macam 'time-travelling' menggunakan minda dan imaginasi.


Dari zaman ke zaman, kita memang sudah maklum dengan agama kita. Kita lahir je kat dunia, agama warisan kita adalah ISLAM. ISLAM pada surat beranak, ISLAM pada nama, ISLAM pada IC. Persoalannya, adakah kita betul-betul menghayati ISLAM? Pemahaman tentang ISLAM? Dari cerita-cerita Ibu aku, pada zaman dia muda-muda dulu budaya Melayu kita agak lain. Masa tahun 1960an sehingga awal 1980an, sebagaimana kita faham fesyen juga mesti berubah ikut peredaran zaman. Zaman dulu orang Melayu tak ramai pakai tudung, uniform sekolah pun pakai skirt sama macam non-muslim. Yang lelaki pula pakai seluar pendek paras peha, sebagaimana kita tahu aurat lelaki adalah sampai paras lutut. Dan budaya barat agak meluas di Tanah Melayu masa tu, mempengaruhi fesyen dan budaya. Kebaya ketat dan mendedah, dan orang Melayu kita agak mudah menerima pengaruh budaya dari barat. Masa tu kalau Saloma atau Siput Sarawak pakai seksi pun tak ada siapa marah. Sekarang pantang ada artis seksi sikit, mesti habis kena 'fire' kaw-kaw.


'So do Malay people nowadays make better Muslims?', speaking sikit. Atau 'translate'nya adakah Melayu sekarang Muslim yang lebih baik dari dulu? Pendapat peribadi aku, TIDAK. Dari segi pendedahan mungkin ya. Tapi menjadi lebih baik, I doubt that. Memang betul sekarang gadis-gadis ramai yang bertudung. Sekolah agama pun banyak, dan subjek agama Islam mesti ada kat sekolah-sekolah. Ceramah-ceramah agama, program-program berlandas agama. Tapi ini setakat kesedaran individu. Sekarang aku boleh katakan benda yang melalaikan lagi banyak, seiring dengan kepesatan teknologi. Budak-budak sekarang, mana sama dengan budak-budak dulu? Budak-budak dulu adalah pakcik makcik atau datuk nenek sekarang. Dan budak-budak sekarang, yang kita boleh tengok sendiri kerosakan akhlak mereka macam mana. Mat rempit, masuk club, minum arak, masuk hotel, zina, maksiat dan buang anak.




Itu gejala sosial ok. Di kalangan remaja dan budak-budak. Di kalangan dewasa pun tak terkecuali, tapi kalau anak-anak muda dah rosak, dewasa apatah lagi kan. Dan dari pemerhatian aku lah, golongan Melayu kita ni boleh tahan banyak yang MUNAFIK. Kenapa? Apa tu MUNAFIK? Baca dulu apa tu MUNAFIK.


Sumber Wikipedia:-

Munāfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.


Ciri-ciri munafik pun ada banyak, copy-paste dari Wikipedia gak

Dusta
Khianat
Fujur dalam pertikaian
Ingkar janji
Malas beribadah
Riya'
Sedikit berzikir
Mempercepat solat
Mencela orang-orang yang taat dan soleh
Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
Bersumpah palsu
Enggan berinfak
Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
Sering meninggalkan solat berjamaah
Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
Takut terhadap kejadian apa saja
Beruzur dengan dalih dusta
Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
Bakhil dalam masalah kebajikan
Lupa kepada Allah s.w.t.
Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
Sombong dalam berbicara
Tidak memahami masalah-masalah agama
Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang


Bagi aku, ini penyakit yang lebih serius melanda masyarakat Melayu Islam. Fitnah pun semakin berleluasa, macam baru-baru ni Ustaz UAI (Ustaz Azhar Idrus) difitnah ada rakaman seks. Tapi tak hairan lah, zaman nabi dan rasul dulu pun selalu difitnah masa berdakwah dan menyebarkan syiar Islam. Tentang 'I Want to Touch a Dog', aku pernah post entri tentang pendapat aku pasal ni. Aku bukan sokong sangat tentang isu pegang anjing, tapi aku sangat membantah orang-orang yang caci maki penganjur tu atas nama ISLAM. Malu sangat oi. Bagi aku mereka macam munafik jugak, dengan kelakuan mereka macam tu. Kita dah di akhir zaman. Cuba diam dan perhatikan sekeliling, kenal diri sendiri dulu baru lah kita boleh kenal masyarakat kita. ISLAM adalah agama dan MELAYU adalah bangsa. Tak mungkin akan sempurna agama kita kalau kita babitkan dengan mentaliti Melayu kita yang lemah ni. Jujur aku katakan aku MALU dengan MELAYU, walaupun aku berbangsa Melayu. Tapi ISLAM adalah sesuci-suci dan seagung-agung agama, janganlah dicemar agama ni dengan pemikiran negatif budaya kita.



No comments:

Post a Comment