LAZADA

Lazada Malaysia

Monday, 20 October 2014

Ada Apa Dengan Anjing?

Tanggal 19 Oktober 2014, telah berlangsung satu kempen "I Want to Touch a Dog" di Central Park, One Utama pada pukul 8.00-10.00 pagi. Asalnya aku nak pergi, tapi disebabkan aku tak check timing betul-betul, mana taknya kalau pukul 9 baru nak bangun. Huahah. Ok, aku memang agak animal lover. Baru-baru ni Putih aku mati, seminggu jugak la aku kurang selera nak makan. Tiga hari jugak la berendam air mata. Tapi dah ajal dia kan, terima je lah dengan hati yang redha. Sekurang-kurangnya Putih boleh masuk syurga tapi kakak ni tak tahu lagi kan. Aku ada 7 kucing lagi, selepas kematian Putih.

Aku tak pernah terfikir nak bela anjing, atau sebarang hubungan yang akan merapatkan aku dengan seseekor anjing. Tapi aku memang tak setuju dengan stigma masyarakat Melayu khususnya yang tak suka dengan anjing dan disebabkan taraf anjing itu sebagai 'najis mughallazah' anjing sering menjadi subjek kekejaman haiwan.


Anjing bernama 'Bintang' yang ditembak 40 kali, nasiblah masih hidup


Dan baru-baru ni ada kes anjing kena panah, dengan Melayu ok..yang beragama Islam. Mentang-mentang anjing tu najis, wajar ke ia dibenci? Dan wajar ke ia dibunuh, dicederakan tanpa sebab yang kukuh? Tu pasal kekejaman terhadap anjing, yang aku paling marah bila penganjur event "I Want to Touch a Dog" dicaci maki, dikeji, dihina sebab menganjurkan program sebegini. Sudahlah tak selidik apa pun, masyakat tipikal Melayu ni duk melatah tak habis. Haram sana, haram sini. Habis hadis semua keluar, padahal solat pun entah cukup ke tak 5 waktu, yang duk berkepit pakwe makwe berpegang tangan pun sibuk cakap HARAM. Sampai ada yang minta penganjur ditangkap. Astaghfirullah. Yang pesta muda mudi sana sini, konsert besar-besaran, buka aurat sana sini, pesta arak, judi. Banyak lagi yang perlu dipertikaikan selain pegang anjing. Sekurang-kurangnya ada cara penyuciannya selepas pegang anjing. Ia cuma 'NAJIS' yang perlu disucikan, bukan 'DOSA'. Yang berdosa bila kita pegang anjing tanpa menyucikan, dan bersolat pulak jadi tak sah sebab najis. Anjing adalah binatang yang perlu kita hormat. Tapi sebagai orang Islam kita tak perlu bela anjing sebagai haiwan peliharaan sebaliknya sebagai haiwan yang boleh menjaga kesejahteraan kita atau untuk memburu, kerana dikhuatiri najisnya akan memudaratkan kehidupan seharian kita. ITU SAHAJA. 

Terus-terang aku sokong niat baik penganjur, secara tak langsung dapat mengubah sedikit stigma masyarakat terhadap anjing. Bagi aku program tersebut bukanlah menggalakkan orang membela anjing, pegang anjing hanyalah titik tolak untuk mengubah persepsi mereka tentang anjing adalah haiwan yang garang dan ganas. Selain dari tu, ada tutorial dari ustaz tentang macam mana nak sertu - proses penyucian najis mughallazah. Tapi tu lah, masyarakat kita ni yang berfikiran sempit dan berpegang pada stigma sebab tu la Melayu susah nak maju. Masyarakat yang masih berpegang pada karut marut dan tahyul. Yang masih percaya pada bomoh2, sedangkan MH370 hilang pun Raja Bomoh boleh turun KLIA. Bukan politik yang aku utarakan kat sini tapi MASYARAKAT. Stigma, Mindset. Sedarlah Melayu jangan putar belit agama sebab jati diri Melayu yang semakin pudar dek zaman tu. 





No comments:

Post a Comment